Bahasa Korea Tahap Lower Intermediate (3B)
Komunikasi interaktif lanjutan dan pengukuhan kemahiran analitikal.
Sambungan kepada Tahap Lower Intermediate 3A. Fokus pada pengukuhan empat kemahiran bahasa dalam situasi kehidupan praktikal yang lebih matang: menganalisis tren perbelanjaan, menguruskan transaksi barangan terpakai, serta membentangkan kaedah penjimatan bijak; menyelesaikan isu harian di Korea, perbincangan hal perumahan, dan memahami perbezaan budaya; mengendalikan situasi kecemasan, kemalangan, serta laporan kehilangan barangan; membuat tuntutan servis pembaikan barangan elektrikal serta memahami manual perkakas; membincangkan kesilapan lalu dan memberi sesi kaunseling nasihat; serta menganalisis tabiat harian individu berjaya dan merangka pelan tindakan peribadi. Pelajar akan mampu berbahasa secara kritis, responsif, dan tepat dalam interaksi sosial dan profesional.
RM 327
/ bulan (3 bulan)Pilihan Tambahan (Add-On)
Apa yang disertakan
- Kelas Zoom mingguan bersama Ssem Shahril
- 2 jam bagi setiap sesi kelas
- Semakan dan maklum balas tugasan oleh guru
- Sesi soal jawab tanpa had di kumpulan WhatsApp
- Nota kelas pelajar (format PDF)
Bonus
- Akses rakaman bila-bila masa
- Belajar di desktop & telefon
- Kemajuan dijejaki
- Akses Aplikasi Quizlet - Penguasaan Kosa Kata
Apa yang akan anda pelajari
Selepas menyiapkan kursus ini, anda akan mampu:
Menganalisis tren perbelanjaan, menguruskan transaksi barangan terpakai, dan membentangkan kaedah penjimatan bijak
Menyelesaikan isu harian di Korea, membincangkan hal perumahan, dan memahami perbezaan budaya
Mengendalikan situasi kecemasan, kemalangan, serta melaporkan kehilangan barangan
Mengemukakan permohonan pembaikan produk elektronik serta memahami manual penggunaan perkakas
Membincangkan kesilapan lalu, meluahkan kebimbangan, dan memberi nasihat kaunseling
Menganalisis tabiat harian individu berjaya dan merangka pelan tindakan peribadi
Modul & pelajaran β jelas dan tersusun
Inilah peta perjalanan kursus ini. Susunan ini direka supaya anda tidak terkeliru β ikut sahaja satu persatu.
Unit 7: Perbelanjaan & Penjimatan (μλΉμ μ μ½ - Spending & Saving)
Bertutur
Soal jawab mengenai kecenderungan peribadi | Soal jawab tentang perkara yang dirisaukan | Soal jawab mengenai tabiat perbelanjaan
Mendengar
Berita perubahan tren perbelanjaan | Perbualan cara pembelian yang digemari | Perbualan kaedah berbelanja secara bijak
Membaca
Iklan transaksi barangan terpakai | Membaca mesej pertanyaan barangan terpakai | Membaca deskripsi jualan barangan terpakai
Menulis
Menulis iklan jualan barangan di internet
Tatabahasa
λ-λ νΈμ΄λ€, ν-μ νΈμ΄λ€ | λ-(μΌ)γΉκΉ λ§κΉ (νλ€) | ν-μ΄νλ€ | λ/ν-λ
Tugasan Praktikal
Membentangkan hasil tinjauan kaedah penjimatan (Presentation after surveying saving methods)
Unit 8: Kehidupan di Korea (νκ΅ μν - Life in Korea)
Bertutur
Soal jawab pengalaman semasa berada di Korea | Soal jawab situasi masalah dan kaedah penyelesaian | Soal jawab tentang masalah yang mungkin berlaku di Korea
Mendengar
Pengumuman siaran pangsapuri/kondo | Perbualan mengenai masalah rumah | Perbualan antara ejen hartanah dan pelanggan
Membaca
Papan buletin pelajar antarabangsa | Membaca wawancara dalam majalah | Membaca pos blog mengenai kehidupan di Korea
Menulis
Mengarang teks menyampaikan fakta yang tepat
Tatabahasa
λ/ν-λλΌκ³ (μ), λͺ μ΄λλΌκ³ (μ) | λ-λλ‘ | λ-(μΌ)γΉ λ»νλ€ | λͺ μ΄λΌκ³ (ν΄μ) λ€ λ-λ/ν-μ/λͺ μΈ κ²μ μλλ€
Tugasan Praktikal
Main peranan situasi bermasalah menggunakan kad senario (Role-playing using problem scenario cards)
Unit 9: Insiden & Kemalangan (μ¬κ±΄κ³Ό μ¬κ³ - Incidents & Accidents)
Bertutur
Soal jawab tentang pengalaman mengejutkan | Menerangkan situasi semasa kemalangan berlaku | Soal jawab situasi kemalangan jalan raya
Mendengar
Pengumuman keselamatan eskalator | Perbualan bertanya khabar kepada rakan yang cedera | Berita pencegahan kemalangan ketika aktiviti air
Membaca
Notis mencari pemilik beg | Notis mencari pemilik basikal | Notis mencari kamera yang hilang
Menulis
Mengarang deskripsi bagi barangan yang hilang
Tatabahasa
λ-λλ€κ³ (μ), ν-λ€κ³ (μ), λͺ μ΄λΌκ³ (μ) | λ-λ€(κ°) | λͺ λ§ νλ€ | λ-μ΄μ§λ€
Tugasan Praktikal
Main peranan situasi kemalangan dan melawat orang sakit (Role-playing on accidents and visiting an injured person)
Unit 10: Kerosakan & Pembaikan (κ³ μ₯κ³Ό μ리 - Malfunctions & Repairs)
Bertutur
Soal jawab tentang barangan yang rosak | Mendengar situasi masalah dan memberi nasihat | Soal jawab mengenai barangan rosak dan cara membaikinya
Mendengar
Perbualan kerosakan kereta api | Perbualan kerosakan basikal dan pembaikannya | Perbualan situasi perkakas elektronik rosak
Membaca
Iklan pusat servis pembaikan | Manual penggunaan peti sejuk | Mesej/surat permohonan pembaikan
Menulis
Mengarang teks membuat permohonan pembaikan
Tatabahasa
λ/ν-λλ | λ-μ§ κ·Έλ(μ)? | μ¬λ(-μ΄/ν/리/κΈ°/μ°/μΆ-)
Tugasan Praktikal
Mengemukakan permohonan membaiki produk elektronik (Requesting electronics repair)
Unit 11: Kesilapan & Kebimbangan (μ€μμ κ³ λ―Ό - Mistakes & Concerns)
Bertutur
Soal jawab situasi yang telah berubah | Soal jawab perkara yang dikesali | Soal jawab tentang pengalaman melakukan kesilapan
Mendengar
Cerita kiriman radio | Perbualan hasil tinjauan perkara yang dikesali | Perbualan semasa kelas masakan
Membaca
Teks luahan sesi kaunseling internet | Teks pengenalan buku baharu | Catatan papan buletin kaunseling atas talian
Menulis
Menulis teks nasihat untuk kebimbangan orang lain
Tatabahasa
λ-κ³ λ³΄λ | λ-(μΌ)γΉ κ±Έ (κ·Έλ¬λ€) | λ-λλ°λ, ν-μλ°λ, λͺ μΈλ°λ | λͺ μ λν΄(μ), λͺ μ λν
Tugasan Praktikal
Aktiviti permainan berkaitan penyesalan dan kebimbangan (Playing a game about regrets and concerns)
Unit 12: Kepentingan Rutin & Tabiat (μ΅κ΄μ μ€μμ± - Importance of Routines)
Bertutur
Soal jawab tugasan yang disuruh oleh orang lain | Soal jawab matlamat yang ingin dicapai | Soal jawab tentang tabiat buruk yang mahu diubah
Mendengar
Tinjauan kaji selidik berkaitan tabiat harian | Perbualan tentang tabiat | Perbualan persediaan temu duga
Membaca
Artikel mengenai perancangan dan tindakan | Membaca tabiat orang yang berjaya | Membaca pengalaman mengubah tabiat harian
Menulis
Menulis esei mengenai tabiat yang ingin diperbaiki berserta alasannya
Tatabahasa
λ-κ² νλ€ | μ무리 λ/ν-μ΄λ | λ-(μΌ)γΉ μκ°λ λͺ» νλ€ | λ-μ΄ λ²λ¦¬λ€
Tugasan Praktikal
Menyediakan senarai tindakan untuk dipraktikkan (Creating a to-do list)
* Outline di atas adalah penerangan kandungan kursus. Pengalaman interaktif (video, tandai selesai, kemajuan) berada di dalam kawasan pelajar selepas anda mendaftar.
Sedia untuk mula Bahasa Korea Tahap Lower Intermediate (3B)?
Daftar sekali, akses seumur hidup. Mula ikut modul hari ini juga.
